Majlis Bacaan Yassin,Tazkirah Dan Perhimpunan Bulanan PDT Seri Iskandar & Kg.Gajah

Pada 28 April 2016 telah berlangsungnya Majlis bacaan Yassin, tazkirah serta Perhimpunan Bulanan Bil. 2/2016  Pejabat Daerah & Tanah Seri Iskandar dan Kg. Gajah bertempat di bilik gerakan PDT Seri Iskandar.  Majlis ini turut dihadiri oleh  Y.Bhg Dato' Pegawai Daerah, Dato’  Mad Dan Bin Hassan serta Penolong- penolong  Pegawai Daerah.

 Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa, serta bacaan Yassin dan tazkirah yang disampaikan oleh  Ustaz Muhammad Muhsin Bin Othman. Setelah itu,  majlis diteruskan dengan Perhimpunan Bulanan  yang dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Perak dan juga lagu Perkhidmatan Awam. Acara turut diselangi dengan bacaan ikrar dan ucapan dari  Y.Bhg Dato' Pegawai Daerah. Majlis turut  memberi penghargaan kepada pegawai-pegawai bertukar serta meraikan hari lahir warga Pejabat Daerah. Majlis bersurai pada jam 12 tengah hari.

 

 

 

 

 

Cetak   Emel