Majlis Bacaan Yassin, Tazkirah Dan Penyerahan Buah Kurma Sempena Ramadhan

Pada 3 Jun 2016 (Jumaat) telah diadakan  Majlis Bacaan Yassin  dan tazkirah bertempat di Bilik Gerakan  Aras 2, Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah.  Majlis ini telah dihadiri oleh Pegawai Daerah, Y.Bhg Dato' Pegawai Daerah, Dato’  Mad Dan Bin Hassan , Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah), Penolong-Penolong Pegawai Daerah serta kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa, serta bacaan Yassin dan tazkirah. Setelah itu,  majlis diteruskan acara penyerahan buah kurma sumbangan Kelab Petanda sempena Ramadhan Al-Mubarak. Majlis bersurai kira-kira jam 11 pagi.



 

 

Cetak   Emel