Majlis Jasamu Dikenang Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah


Pada Khamis, 14 Ogos 2014 telah berlangsungnya Majlis Jasamu Dikenang Tuan Pegawai Daerah

Perak Tengah. Majlis ini turut dihadiri Ketua Penolong Pegawai Daerah Tengah dan Kg Gajah, Penolong

Pegawai Daerah, Penghulu-Penghulu mukim, serta warga kerja jabatan.

 

Majlis bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 5 petang. Majlis dimulai dengan bacaan doa

dan diikuti ucapan alu-aluan dari Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah.


 

























Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah, Tuan Haji Mohd Roslan Bin Mat Lodin

kerana sudi menghadiri majlis yang dianjurkan. Warga Kerja Pejabat Daerah & Tanah Perak Tengah mengucapkan

Selamat Maju Jaya kepada Tuan Pegawai Daerah yang telah banyak menyumbang jasa dan bakti sepanjang

perkhidmatan beliau.

 

Majlis bersurai selepas sesi bergambar bersama Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah.




 

Cetak   Emel