Hari Keluarga Kelab Petanda Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah, Seri Iskandar


Hari Keluarga Kelab Petanda Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah, Seri Iskandar

Pada 17 Oktober sehingga 19 Oktober, telah berlangsungnya Hari Keluarga Kelab Petanda bagi kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah, Seri Iskandar bertempat di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka. Bagi peserta-peserta yang menaiki bas, mereka perlu bergerak pada 17 Oktober 2014, jam 12.00 pagi. 

Bas akan singgah di perhentian sebelah untuk memberi para peserta peluang untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh bagi yang beragama Islam. Pada pukul 8.00 pagi, para peserta dibawa melawat di sekitar Bandaraya Bersejarah itu. Usai, pada pukul 2.00 Petang, peserta akan melapor diri di ruangan legar Bayou Lagoon Park Resort untuk mendapatkan kunci bilik, nombor meja dan tentatif program.

Pada pukul 4.00 petang, program dimulakan dengan "telematch" atau sukaneka yang telah disediakan oleh pihak resort. Pada pukul 8.00 malam pula, berlangsungnya Majlis Makan Malam Kelab Petanda Pejabat Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar bertempat di Junior Pavilion, Bayou Lagoon Park Resort, Melaka.









Tepat pada 8.30 malam, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Hamir Bin Hassan bagi memberkati majlis makan malam tersebut. Pada pukul 8.35 malam, majlis diteruskan dengan ucapan Pengerusi Kelab Petanda iaitu, Encik Ahmad Fitri Bin Muhassim. Seterusnya pada pukul 8.45 malam, majlis menjemput Penasihat Kelab Petanda, Tuan Pegawai Daerah, Tuan Haji Mad Dan Bin Hassan untuk memberikan ucapan. Selesai sahaja ucapan daripada Tuan Pegawai Daerah, para peserta disajikan dengan pertunjukan montaj Aktiviti Kelab Petanda Seri Iskandar sepanjang tahun ini diselangi dengan jamuan makan malam yang telah dihidang oleh pihak resort.
 

 


 


 


 


 

Pada pukul 9.00 malam, majlis diselangi dengan pertandingan karaoke dan cabutan bertuah.Seterusnya
majlis diteruskan dengan karaoke terbuka dan atas permintaan ramai. Selesai sahaja, pemenang pertandingan karaoke diumumkan. Johan bagi pertandingan karaoke dimenangi oleh Penghulu Kanan Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah, Seri Iskandar iaitu Encik Rajmi Bin Ahmad. Majlis berakhir pada jam 11.00 malam.

 



 


Sekian, Terima Kasih.







Cetak   Emel