ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014

Pada 15 April 2015 telah berlangsungsnya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 yang berlangsung di Dewan Millenium Pejabat Daerah dan Tanah Kampung Gajah. Antara tetamu kehormat yang hadir bagi menjayakan majlis tersebut ialah Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kampung Gajah dan Setiausaha Majlis Daerah Perak Tengah. Majlis ini juga turut dihadiri oleh kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Seri iskandar, kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kampung Gajah dan juga kakitangan Majlis Daerah Perak Tengah. Aturcara majlis dimulai dengan bacaan doa, ucapan oleh Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah dan juga ucapan Ketua Penolong Pegawai Daerah Kampung Gajah. Aturcara yang dijalankan sepanjang majlis tersebut seperti anugerah khidmat cemerlang, anugerah keterampilan dan juga pemberian hadiah dan cenderamata kepada kakitangan jabatan yang telah bersara dan juga bertukar ke jabatan lain. Acara diakhiri dengan sesi bergambar bersama kakitangan dan Tuan Pegawai Daerah.














Cetak   Emel