Majlis Konvokesyen Anak-Anak Taska Permata Seri Iskandar 2015

Pada 13 November 2015 Jumaat telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen Taska Permata Seri Iskandar 2015 di D'Mall Hotel Billion Seri Iskandar. Aturcara majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dengan pendaftaran dan ketibaan anak-anak bersama ibu bapa. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah, Tuan Haji Mad Dan Bin Hassan,
Penolong Pegawai Daerah dan Pegawai-Pegawai Pejabat Daerah Perak Tengah. Majlis dimulai dengan nyayian lagu Negaraku, lagu 1 Malaysia dan lagu Permata. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa, bacaan ikrar, ucapan dan perasmian oleh Tuan Pegawai Daerah. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada anak-anak taska permata. Majlis bersurai pada pukul 11.30 pagi dan dihidangkan jamuan makan.








Cetak   Emel