Sukan Rakyat Kelab Petanda 2015

Pada 5 Disember 2015, Sabtu telah berlangsungnya Sukan Rakyat Kelab Petanda anjuran Kelab Petanda Seri Iskandar dan Kampung Gajah bertempat di Padang Seri Iskandar. Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi bagi sesi pendaftaran peserta. Majlis bemula pada pukul 9.00 pagi dengan perasmian oleh Dato' Mad Dan Bin Hassan, Pegawai Daerah Perak Tengah. Acara-acara sukan adalah terdiri daripada bowling padang, sepak raga, lari berpasangan, acara meniup belon, tarik upih pinang, lari dalam guni, susun batu bata, kukur kelapa, kutip gula-gula dan tarik tali. Acara cabutan bertuah juga diberi secara berperingkat-peringkat kepada peserta yang hadir sehingga selesai pertandingan. Majlis bersurai pada pukul 1.00 petang dengan jamuan
makan.






Cetak   Emel