Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Kampung Sesi 2016 -2017

Pada 3 Febuari 2016 (Rabu), telah diadakan  Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Kampung/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Perak Tengah. Bertempat di Dewan Dato’ Ahmad Hambal, Bota. Majlis ini telah  dihadiri oleh Ahli Parlimen Parit, YBhg Dato'  Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan, Pegawai Daerah Perak Tengah YBhg Dato’ Mad Dan Bin Hassan, Ketua Penolong  Pegawai Daerah (Pembangunan), Penolong Pegawai Daerah, Penghulu – penghulu Mukim dan juga lantikan baru Ketua Kampung.

 

Cetak   Emel