Majlis Iftar Dan Solat Terawih

Pada 30 jun 2015 ( selasa ) bersamaan dengan 13 ramadan 1436H , telah berlangsungnya sebuah Majlis iftar dan Solat Terawih di Masjid Sultan Yusuf Izzuddin Shah (Masjid Daerah Perak Tengah) anjuran bersama Kelab Kebajikan dan Sukan (PETANDA) Seri iskandar dan PUSPANITA Daerah Perak Tengah. Majlis ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan oleh orang ramai. Selain itu, Pegawai dan juga Kakitangan yang bertugas di Kompleks Pentadbiran Daerah juga telah dijemput hadir. Tidak lupa juga kepada Tuan Haji Mad Dan Bin Hassan yang bersama turut serta dalam majlis penuh keberkatan ini. Solat Sunat Terawih pada malam tersebut telah diimamkan oleh A.F Sheikh Osama Mohammad Iqbal yang dijemput khas dari Tanah Suci Makkah




.












Cetak   Emel