Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1440H/2018M Peringkat Daerah Perak Tengah

Pada 29 November 2018 (Khamis) telah berlangsungnya Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1440H/2018M Peringkat Daerah Perak Tengah di Dewan Millenium, Pejabat Daerah dan Tanah Kampong Gajah. Majlis dihadiri oleh YBhg. Orang Kaya Kaya Setia Bijaya Diraja YBhg. Dato' Seri Mohd. Ghazali bin Haji Abd. Rahman (Orang Besar Jajahan Perak Tengah), Ketua Penolong Pegawai Daerah dan Tanah Kampong Gajah, Penolong-Penolong Pegawai Daerah dan orang ramai. Majlis dimulai dengan perarakan sambil berselawat ke Dewan Millenium, Pejabat Daerah dan Tanah Kampong Gajah, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, ucapan daripada YBhg. Orang Kaya Kaya Setia Bijaya Diraja, penyampaian anugerah dan ceramah perdana. Majlis Bersurai pada jam 12.30 tengah hari.



Cetak   Emel