• Utama
  • Maklumat Korporat
  • Organisasi
  • Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

      BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

  • Memberikan maklumbalas dalam masa empat belas ( 14 ) hari bekerja ke atas aduan yang diterima.
  • Memproses permohonan dan mengeluarkan lesen minuman keras dalam tempoh enam ( 6 ) bulan selepas segala maklumat mengenainya lengkap.
  • Memproses permohonan dan mengeluarkan lesen hiburan awam dalam tempoh satu (1) bulan selepas segala maklumat mengenainya lengkap.
 

      BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH

  • Memastikan setiap pemohon tanah individu melalui proses kerja dalam kawalan Pentadbiran Tanah bagi tempoh tidak melebihi 180 hari bekerja.
  • Memastikan kebenaran gadaian dan pindah milik diberi perakuan/kelulusan dalam tempoh 14 hari bekerja.
  • Memastikan semua instrumen urusniaga dan bukan urusniaga (kaveat persendirian) yang didapati lengkap,sempurna dan teratur didaftarkan dalam tempoh 8 jam waktu bekerja.
  • Mengeluarkan bil-bil cukai tanah pada atau sebelum 31 Januari kepada pemilik- pemilik tanah yang mana nama dan alamat mereka didapati lengkap.
  • Memastikan pemantauan secara berkala melalui rondaan dan tindakan penguatkuasaan di bawah seksyen 425 KTN dan 426 KTN ke atas aktiviti pencerobohan dan penerokaan haram tanah kerajaan.
  • Memastikan permohonan pembangunan tanah yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat dibawah Kuasa Pentadbir Tanah diproses dalam tempoh 90 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
 

      BAHAGIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

  • Memastikan permohonan projek diproses dalam tiga ( 3 ) bulan dari tarikh permohonan diterima.
  • Melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan dalam tempoh dua ( 2 ) bulan selepas waran peruntukan/arahan pelaksanaan kerja diterima.
  • Melaksanakan pembayaran kepada kepada pembekal dan kontraktor dalam tempoh enam ( 6 ) hari selepas tuntutan lengkap diterima.
  • Memastikan permohonan e-Kasih diproses dalam tempoh satu ( 1 ) bulan dari tarikh permohonan diterima.
  • Mengemaskini senarai e-Kasih pada setiap bulan.
  • Menyediakan dokumen pembayaran elaun Pengerusi JKKK mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Cetak   Emel