Cetak

Penubuhan



Daerah Perak Tengah terbentuk melalui perubahan pentadbiran kerajaan. Sebelum  1936, daerah kecil Parit dalam Daerah Kuala Kangsar dan Kampung Gajah dalam Daerah Hilir Perak. Perak Tengah bersempadan dengan Daerah Kuala Kangsar sebelah selatan, Daerah Kinta sebelah Timur dan Daerah Manjung sebelah barat. Perak Tengah juga merupakan daerah yang diisytiharkan ke-9 pada tahun 1936. Daerah Perak Tengah meliputi kawasan seluas kira-kira 12,205 hektar (1282.05km) persegi yang merangkumi 11 buah mukim. Daerah ini terletak di bahagian tengah Negeri Perak. Bentuknya memanjang dari Utara ke Selatan dengan Sungai Perak mengalir di bahagian tengah membahagikan kepada dua bahagian kanan dan kiri.

Luas kawasan Perak Tengah ialah 96 km persegi (9,308 ha). Kira-kira 80% dari kawasan daerah adalah tanah rata dan rendah. Cuma terdapat beberapa bahagian sahaja yang berbukit-bukau. Bukit Tunggal (645 kaki di atas aras laut) adalah puncak tertinggi dalam daerah. Selain dari Sungai Perak, daerah ini juga dialiri oleh 3 anak sungai utama iaitu Sungai KintaSungai Tumbuh dan Sungai Pelus.

Perak Tengah mengalami iklim tropika dengan purata suhu 81F. Suhu tertinggi iaitu 82F dicatat dalam bulan Mei/Jun setiap tahun. Hitung panjang kadar pengwapan bulanan ialah antara 5.9 hingga 6 inci. Perak Tengah menerima hujan yang agak tinggi iaitu purata 2000 inci setahun. Hujan lebat berlaku dalam bulan November/ Disember, manakala musim kering atau kemarau dialami pada bulan-bulan Jun/Julai.

Perak Tengah mempunyai satu daerah kecil iaitu Kampung Gajah. Keluasan daerah secara keseluruhannya ialah 128,205 hektar bersamaan dengan 1,282.05 km persegi. Dari segi pentadbiran , daerah ini terbahagi kepada 11 buah mukim yang ditadbir oleh 10 orang Penghulu. Bilangan kampung berdasarkan pentadbiran Ketua Kampung berjumlah 101 buah. Bilangan kampung-kampung kecil ialah 219 buah.

 

 


Hit LAST UPDATED
1828 Rabu, 15 Mac 2017 09:47
2280060
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
399
2273
11064
2254029
55133
81418
2280060

Your IP: 54.80.248.78
Server Time: 2017-06-24 02:57:29
Visitors Counter