Pada 27 Jun 2016 (Isnin) telah diadakan Program gotong- royong penyediaan bubur lambuk anjuran Kelab Petanda, bertempat di perkarangan tempat letak kereta pegawai, Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah. Gotong-royong dimulakan seawal jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh Pengerusi, Ajk-Ajk serta ahli-ahli Kelab Petanda. Majlis berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari. Bubur lambuk yang telah siap kemudiannya diedarkan kepada semua kakitangan Pejabat Daerah Perak Tengah.