Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah - Perhimpunan Bulanan Peringkat Daerah Perak Tengah Bil. 2
Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Daerah Perak Tengah Bil. 2 telah berlangsung pada 18 Disember 2018 bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar. Majlis dihadiri oleh Pegawai Daerah Perak Tengah, Tuan Muhamad Ghopran Bin Yeop Hamzah serta Penolong - penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah Dan Tanah Seri Iskandar Dan Kg. Gajah. Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Kebesaran Negeri Perak.  Turut diadakan ialah majlis penyampaian sijil kepada wakil jabatan dan agensi yang terlibat dengan SUKMA Perak XIX 2018.