Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah - Penghantaran Pulang Pelajar Institut Pengajian Tinggi dari Zon Utara ke Zon Perak

Pada 5 Mei 2020, bersamaan dengan hari Selasa, seramai 40 orang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dari Zon Utara ke Zon Perak telah selamat tiba di Perak Tengah dengan menaiki 4 buah bas. 3 buah kenderaan jabatan Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah telah digunakan bagi penghantaran pelajar ke kediaman masing-masing, 11 orang pelajar telah dihantar menggunakan kenderaan jabatan dan selebihnya pulang bersama ahli keluarga masing- masing.