Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah - Penghantaran Pulang Pelajar Institut Pengajian Tinggi dari Zon Selatan ke Zon Perak

Pada 9 Mei 2020, bersamaan hari Sabtu, seramai 41 orang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dari Zon Selatan ke Zon Perak telah selamat tiba di Perak Tengah. Seramai 9  orang  pelajar telah dihantar pulang dengan menggunakan kenderaan Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah. Sementara itu, selebihnya telah dijemput oleh waris masing-masing.

Terima kasih diucapkan buat semua petugas yang terlibat PDT Perak Tengah, PDRM,Bomba serta wakil-wakil daripada universiti-universiti terlibat iaitu Uitm Cawangan Negeri Sembilan, USIM, UTeM, UTHM dan UTM.

Sekalung penghargaan kepada pihak UTeM atas sumbangan berupa "Face Shield" kepada petugas PDT Perak Tengah.