Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah - Forum Peranan Masyarakat Dalam Perangi Pedofilia Dan Pelancaran Pertubuhan Bahu Yang Membantu (HELPING SHOULDER) Cawangan Perak
  • Utama
  • Buletin
  • Forum Peranan Masyarakat Dalam Perangi Pedofilia Dan Pelancaran Pertubuhan Bahu Yang Membantu (HELPING SHOULDER) Cawangan Perak

Pada 10 Oktober 2020,Sabtu,telah berlangsung Majlis Forum Peranan Masyarakat Dalam Perangi Pedofilia Dan Pelancaran Pertubuhan Bahu Yang Membantu (Helping  Shoulder) Cawangan Perak serta Kempen ‘Moh Kite..Perangi  Pedofilia' bertempat di Dewan Dato' Ahmed Hambal, Bota Kanan, Perak. Majlis dihadiri oleh YABhg. Datin Seri Dr. Nomee Ashikin binti Dato’ Mohamed Radzi. Antara tetamu yang hadir adalah YB Dato'  Drs Mohd Nizar Bin Haji Zakaria, Ahli Parlimen Parit, YB Encik Khairul Shahril Bin Mohamed, ADUN Bota dan turut hadir bersama Pegawai Daerah Perak Tengah, Puan Rozalinawati Binti Che Roslee serta wakil-wakil jabatan.

Antara program yang telah diadakan adalah Forum Peranan Masyarakat Dalam Perangi Pedofilia. Wakil panel terdiri dari Presiden NGO Helping Shoulder Puan Lila Ruzaini,  Encik Mohd Rizman B. Azzahari ,Pakar Perunding Jenayah Cyber dan  Cik Suraya Mohamad ,Pegawai Psikologi Helping Shoulder. Majlis turut diserikan lagi dengan  beberapa acara seperti  pelancaran dan gimik majlis,  Penyerahan Kad Perak Prihatin (KPP), Penyerahan Perak Foodbank dan Perasmian Kiosk PPDK Bota dan lawatan ke PPDK Bota turut disempurnakan oleh YABhg. Datin Seri Dr. Nomee Ashikin binti Dato’ Mohamed Radzi selaku Pengerusi Perak Foodbank. Majlis bersurai sekitar jam 12.00 tengahari.