• Utama
  • Maklumat Korporat
  • Organisasi
  • Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

      BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

  • Mengeluarkan akuan penerimaan aduan dalam tempoh satu (1) hari dan jawapan rasmi akan dijawab dalam tempoh masa empat belas (14) hari bekerja ke atas aduan yang diterima.
  • Memproses permohonan dan mengeluarkan lesen menjual minuman yang memabukkan dalam tempoh enam (6) bulan selepas segala maklumat mengenainya lengkap.
  • Memproses permohonan dan mengeluarkan lesen hiburan awam dalam tempoh satu (1) bulan selepas segala maklumat mengenainya lengkap.
  • Kaunter bayaran termasuk kutipan hasil akan dibuka mengikut jadual masa waktu pejabat dan masa kutipan akan dilanjutkan sekiranya keadaan memerlukan.
  • Menyediakan baucar bayaran pembelian dalam masa lima (5) hari bekerja.
 

      BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH

  • Memastikan setiap pemohon tanah individu melalui proses kerja dalam kawalan Pentadbiran Tanah bagi tempoh tidak melebihi 180 hari bekerja.
  • Memastikan kebenaran gadaian dan pindah milik diberi perakuan/kelulusan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  • Memastikan semua instrumen urusniaga dan bukan urusniaga (kaveat persendirian) yang didapati lengkap,sempurna dan teratur didaftarkan dalam tempoh lapan (8) jam waktu bekerja.
  • Mengeluarkan bil-bil cukai tanah pada atau sebelum 31 Januari kepada pemilik- pemilik tanah yang mana nama dan alamat mereka didapati lengkap.
  • Memastikan pemantauan secara berkala melalui rondaan dan tindakan penguatkuasaan di bawah seksyen 425 KTN dan 426 KTN ke atas aktiviti pencerobohan dan penerokaan haram tanah kerajaan.
  • Memastikan permohonan pembangunan tanah yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat dibawah Kuasa Pentadbir Tanah diproses dalam tempoh 90 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
 

      BAHAGIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

  • Memastikan permohonan projek diproses dalam tiga (3) bulan dari tarikh permohonan diterima.
  • Melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan dalam tempoh dua (2) bulan selepas waran peruntukan/arahan pelaksanaan kerja diterima.
  • Melaksanakan pembayaran kepada kepada pembekal dan kontraktor dalam tempoh enam (6) hari selepas tuntutan lengkap diterima.
  • Memastikan permohonan e-Kasih diproses dalam tempoh satu ( 1 ) bulan dari tarikh permohonan diterima.
  • Mengemaskini senarai e-Kasih pada setiap bulan.
  • Menyediakan dokumen pembayaran elaun Pengerusi JKKK/MPKK mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.